Sunday, July 5, 2009

Daging Kandar

*Thanks pada yg try bagi jawapan pada soalan kuiz suka2 tuh..
korang memang sporting habiss.. semangat meneka tuh yg penting..hadiah tak penting kann..
Masih terbuka pada kawan2 yg nak cuba menjawab..mungkin esok baru nak bagi jawapan kot..setelah aiskrimku sedia untuk dimakan..jadi ada kesinambungannya..hehe

Oklah,cerita pasal daging kandar nih..
Dah lama nak try resepi kakasma yg femes nih..hehee..
Peti es pun sedang sarat mengandung tuh..
Daging nih jadi pilihan menu hari ini..
Di samping nak bg ruang utk 'bakal' aiskrim nenas landing..

Yang belum cuba,try laa resepi kakasma nih..
Hasilnya memang tak mengecewakan..melainkan merosakkan dietku sebab makan berselera sekali..huhu..memang sedap lah kak..tq 4 sharing..nak c n p resepi kat sini sekali ehh.

Bahan-bahan ( 6 orang )
  • 1/2 kg daging
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)-guna kari ayam brand jer
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari-tak letak pun sebab takde
  • garam dan perasa

Cara-cara

  1. daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti

4 comments:

  1. wahhh..sgguh menyelerakan...yammm lapar la pulok..aduhhhh

    ReplyDelete
  2. Eerrmmmm..... dah kecur dah ni.. hekss ;D

    ReplyDelete
  3. sedapnya sue...nnti nak cube lah...kalu tukar ayam boleh kot kan..sbb daging cik abg cbape suka..

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^