Wednesday, May 13, 2009

Umbut Tumis

Haa..Seperti yang dijanjikan..nak tunjuk juga macammana masak umbut tumis nih..kot2 ade yang tak tau juge kan.. macamnilah nak masak umbut tumis(utk yang x pernah masak umbut sendiri)..dan yang tak pernah makan tu..elok laa cuba yer..memanggg sedap dan lembuttt.. Ini rupa umbut yang sudah siap dimasak..dan sedia untuk dimakan..

Bahan2:
500g-700g(lebih kurang laa eh) Umbut Segar-Potong seperti dlm gambar di bawah(ambil bahagian muda sahaja)-bahagian daun lebih sedap
Bahagian umbut yang paling muda boleh dimakan begitu saje untuk menikmati kesegarannya..hehe

1-2 tangkai Cili Merah*
2 Ulas Bawang Merah*
1 Ulas Bwang Putih*
Segenggam Udang Kering*
1/2 sudu belacan*
1/4 cawan minyak masak
Serai-dititik(jika suka)
Garam dan perasa

Bahan bertanda *ditumbuk/dikisar

Ini rupa umbut yang baru dimasukkan ke dalam periuk,rupa ketika belum masak lagi.
Cara2:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg sudah ditumbuk sehingga agak kekuningan,masukkan serai yg dititik
  2. Masukkan umbut dan kacau goreng,perlahankan sedikit api jika perlu
  3. JANGAN tambah air sehingga umbut kelihatan layu
  4. Kacau goreng lagi sehingga umbut sudah mengecut sedikit dan kelihatan layu
  5. Tambahkan air melebihi paras umbut..tutup periuk dan tunggu sehingga umbut benar2 empuk..
  6. Jika umbut belum empuk,tambahkan lagi sedikit air. Tutup periuk kembali..
  7. Apabila sudah lembut dan empuk barulah masukkan GARAM dan perasa secukupnya..
  8. Didihkan seketika dan paras air kurang sedikit dari paras umbut..(terpulang masing2)
PERHATIAN:JANGAN letak garam sebelum umbut empuk kerana ini membuatkan umbut yang dimasak itu tidak akan empuk dan lembut seperti yang sepatutnya.. Ini adalah petua turun temurun.. :)

Ini rupa umbut yang sudah masak dan sedia untuk dimakan bersama nasi atau diratah begitu saja..

Note: Masakan umbut nih bleh juga dimasak gulai air bersama serai..
Lagi,orang masak lemak..guna santan..pun sedappp..
Orang dalam pantang tak berapa sesuai makan sebab dipercayai sejuk..Wallahualam.

Biasa juga umbut nih kita wat sayur untuk kenduri kahwin atau 'makan tahun' di kampung,sebab apa..umbut nih mudah nak cukup sebab banyak..hehee..

4 comments:

  1. adeh! dah lama aku tak makan umbut muda ni. sedap tu. last aku makan rasanya masa kecik² dulu kut.pantang dgr ade org tebang pokok kelapa,mulalah menyibukkan diri.

    isk..mana nak cari umbuk muda kat kl ni ek.

    ReplyDelete
  2. Mr PenyuBiru:Haaa..tuh la,kalo tekak orang kampung memang bleh imejin rase umbut nih kan!hehee..
    Umbut kelapa mmg sedap sgt..

    carik jer kat klcc tu..heh :P
    Tak pun tebang je klcc tuh kot2 ade umbutnya..

    ReplyDelete
  3. Sedap umbut kelapa, klate biasa campur dlm gulai dgg masa kenduri ni sue

    ReplyDelete
  4. Sedap umbut kelapa, klate biasa campur dlm gulai dgg masa kenduri ni sue

    ReplyDelete

Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^