Ini menu peberet seisi keluarga..selagi udang ade,nak ler perabiskan masa masih agak segar tu kan.
Sayur kacang ni tak berapa sedap kalo terlalu layu..
Makan bersama nasi putih memang sodappp..
Bahan2:
1 Ikat kacang panjang-dihiris serong agak nipis
1 tangkai cili merah(nak pedas tambah ler cili padi)*
2 Ulas bawang merah*
1 ulas Bawang putih*
1 mangkuk kecil udang tanpa kulit
Perasa-Garam,pak aji(jika suka) dan gula (jika perlu)
Cara2:
1. Tumbuk/kisar bahan bertanda *
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 tersebut sehingga naik bau
3. Masukkan udang dan kacau goreng seketika
4. Masukkan kacang panjang dan bahan2 perasa.
5. Kacau goreng lagi seketika dan boleh tambah sedikit air jika mahu berkuah
6. Bila dah mendidih sepenuhnya padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment
Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^