Saturday, February 7, 2009
Popia Goreng Telur
Try laa resepi ni untuk sarapan atau minum petang..thanks to Sharm1969..kite pjgkan resepinya ke sini lak yer..
Bahan-bahan ( 20 gulung )
20 keping kulit popia (ikut suka kalau nak buat banyak)
Bawang merah besar - saya potong 2 lepas tu hiris nipis-nipis, ramas (ikut suka)
Cili merah basah dihiris (ikut suka)
Telur 5 biji (ikut suka)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1.Bawang, cili dan telur dicampurkan macam kita buat telur dadar
Tambah garam secukup rasa
2.Letak kulit popia dalam pinggan, ambil sesudu besar telur yang telah dikacau letak di atas kulit popia.
3.Gulung kulit popia kemas-kemas dan calit sedikit bancuhan telur untuk mengemas gulungan.
4.Goreng dalam kuali yang minyaknya telah dipanaskan. Hidangkan segera kerana rasanya lebih sedap sewaktu masih panas tapi tuan/puan janganlah lupa sejukkan sebentar.
5.Makan begitu sahaja pun enak atau dimakan dengan sos. Kalau suami saya siap dengan mayonis sekali. Cuba jangan tak cuba.
Sebenarnya resepi ini mengikut citarasa tuan/puan sendiri untuk menambah bahan-bahannya. Lebih popia lagi ramailah yang boleh sama-sama makan
No comments:
Post a Comment
Komen positif anda dialu2kan.. Terima Kasih!^_^