Monday, May 13, 2013

Alhamdulillah,Rezeki 2013..insyaAllah..

Assalamualaikum..

Jangan betulkan skrin anda..HaSue update blog lagi.hehehe..
Kali ni saja nak kongsikan berita terkini tapi bukan hiburan sensasi la kan.. insyaAllah bertambah lagi ahli keluarga kami tahun ni. Lama tak update tetiba bagitau ngah preggy kan..ada plak pasnih yang ingat tu kalo hasue senyap lelama tak update blog tu mesti ngah preggy laa tu..heee..tak semestinya ye puan2..



Ni gambar masa scanning berapa minggu aritu dah..minggu ni dah masuk 28 minggu dah..syukur setakat ni takde masalah yang membimbangkan berlaku. Cuma masa di awal kandungan kali ni memang lemau selemau2nya kerajinan tu.. Ni juga antara sebab tak dapat nak update blog selain sebab lain..hee..
Rupa2nya ramai gak geng blogger masakan yang preggy tahun 2013 ni..dah ramai yg melahirkan dah pun..alhamdulillah dan tahniah yer..

Banyak cerita nak cerita sebenarnya nih..tapi kekangan masa terhad buat masa nih. Belum berkesempatan lagi kongsi resepi pun haa...

Apa2pun doakanlah semoga segalanya dipermudahkan ye.. :-)

Sunday, May 12, 2013

Kembali Blogging..

Assalamualaikum..
Akhirnya tercipta rekod peribadi paling lama tak update blog..last update adalah bulan Disember tahun lepas(2012)..maknanya,ini adalah entri pertama pada tahun ini(2013). Kiranya genap 5 bulan 10 hari takde entri..Punya laa liat nak update blog cuti blogging kali ni eh..dah buh sudu besi,dah buh daun nangka,soda bikarbonat dan sebagainya pun masih liat gak..Lenkali kena guna pressure cooker baru cepat sikit empuk gamaknya.kekeke.. Terima kasih la kawan2 blogger dan pembaca blog yang terus bagi support untuk HaSue meneruskan penulisan dan perkongsian di arena blogging antarabangsa neh..hihi..

So apa khabar kawan2 sekalian..? Harap semuanya sihat belaka.. Kami alhamdulillah sihat belaka..macam ada orang tanya kan.heh.. Lama2 cuti blogging ni harus la praktis menaip entri lebih sikit..otak dah nyaris karat dengan skill blogging nih..terkial2 jap tadi nak ngupload gamba,editing dan sebagainya..segalanya bermula begitu perlahan. Aiseh,ayat sungguh wartawan..hahah..wartawan la sangat!:-P

Sepanjang bercuti blogging ni sebenarnya on off jer blog kat blog ni..maksudnya jap rajin,jap tak rajin nak jenguk.. Kadang2 jengah gak blog kawan2,tapi nak ngomen tak kesampaian...sebab satu hal yang tak berubah dari dulu tu adalah line tenet yang selalu tenat.hee..
Oh,nak cerita sikit..sesambil berlatih menaip kan..lama tak guna laptop katakan,selama ni guna tablet kesayangan hamba tu jer untuk online FB n blogwalking. Bukan tu jer,kamera dslr pun dah lama tak dibelai manja untuk snap gambar terutama gambar masakan..camne la nak bertambah skill kan..eh,macam ada orang kisah.hii...

Sebenarnya kan,selain blog yang berhabuk dan bersawang sana sini(mujur ada rakan2 blogger dan pembaca blog atau pengunjung yang tersesat jalan terkunjung blog ni tolong bersihkan) akibat lama bercuti blogging,blog kesayangan aku nih dikunjungi oleh hantu2 atau makhluk halus yang tak nampak..nama pun dah makhlus halus kan..ni bukan pengundi hantu laa ek..maklum la masih panas lagi isu pengundi hantu selepas PRU ke 13 baru2 ni kan..
Maksud aku hantu yang singgah kat blog aku tu adalah spam..seperti di bawah;


Hantu2 ni datang bermaharajalela mengomen kat blog ni makin hari ke sehari dengan meriahnya..spam ni sebenarnya cam robot la,dia gi detect address yang dia nak spam dan tinggalkan lin bebanyak untuk menyemak blog orang..kira spesis virus la jugak cuma bukan virus yang ganggu orang datang..ganggu tuan punya blog jer,saja nak bagi semak.
Mula2 tu rajin gak aku tebas,lama2 tu malas lak.dah malas tu makin menjadi2 lagi,,ribu gak la komen yang masuk adalah spam semata.hehe..terpaksa double rajin lagi nak tebas..sibbaik tak perlu delete satu persatu..delete banyak skali pun boleh.
So untuk penyelesaiannya,buat masa ni aku off dulu untuk para anonymous mengomen. Barulah spam ni tak tembus dah..Kira pendinding laa gitu..hii..
Terima kasih juga buat rakan2 blogger yang sudi ingatkan untuk sergah dan halau hantu2 yang bertandang tu.hee..terasa bomoh lak bila sebut halau hantu tuh.ahak.

Untuk entri pertama setelah lama takde entry ni rasanya stakat ni dulu la kot..kira ok laa kan,panaskan enjin kata orang..nasib korang la aku citer pasal hantu yang datang blog lak pada entri kali nih.hehehe..insyaallah akan lebih merajinkan diri mengadap dunia blogging seperti sebelum ni.. rindu tetap bertandang..ok bai..