Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, July 27, 2012

Kuih Cara Manis Resepi Warisan

Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang penuh keberkatan..
Terus sahaja kita ke menu hari ini ya..kuih yang simple nak buat,simple nak makan. Tapi dalam pada serba simple tu,bertahun jugak laa aku nak buat kuih cara nih tapi tak terbuat2..thii hii hii.. Maknanya lama laaa acuan ni duk bertapa dalam kabinet tu kan. Kasihan. Eh! aku pernah guna laa,duluuuuuuu...(lama beno dah bunyi nya tu) la,untuk buat kuih bahulu..heh. :D

Tapi takpelah,ni dah terbuat ni..lepas ni leh buat lagi dan lagi...boleh cuba buat kuih cara yang berlauk lak laa pasni kan..sebabnya syok lak aku rasa bakar kuih guna acuan nih...cuma panaskan acuan,calit2 minyak..tuang adunan,tabur gula.tutup acuan..tunggu masak dan angkat..
Dah siap!

Tarra..! Budak2 pun senang makan sebab comel2 jek ..yelaa,ikut saiz kuih bahulu..

Untuk resepi,aku amik kat dapur Izah, Nieza pun dah buat kuih cara manis ni baru ni ekk..korang dah buat gak ek..sedap kan!

Terima kasih izah, dan sumber resepi asal Che Mat Gebu dan kak Nannie. Minta izin dikongsikan di sini pula ya..

Kuih Cara Manis Resepi Warisan
Sumber: CMG, Kak Nannie, Izahdaut
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan -hasue guna paste pandan koepoe2
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

Kebetulan pulak ada penutup periuk yang bersaiz ngam2 ngan acuan...ahak.. ;P


Cara Membuat:
Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba.

Jemput amik sorang seketui untuk berbuka yer...takyah banyak2,takut tak muat kat perut tu kang..hehe

Tekstur kuih cara..yummm!

P/s: Memandangkan takde stok daun pandan,aku guna tisu dapur je untuk oleskan minyak masak pada acuan yang dipanaskan..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 26, 2012

Bergedil Daging Burger Tanpa Telur

Sana sini orang membedil eh! buat begedil yer..
Aku pun sibuk jugak nak buat begedil taaaapii versi aku ni tak guna telur untuk menyalutnya.
Kiranya khidmat telur tidak diperlukan untuk menyatupadukan doh yang diperbuat dari kentang lecek tersebut..
Pernah tak korang buat bergedil adakalanya minyak yang berlebihan tak habis2 rasanya melekat kat bergedil tersebut.. Kini!!!Tidak lagiii!! tu diaa..amik..!!ayat iklan aku belasah. Mungkin juga jalan penyelesaian untuk mereka yang alergik telur tapi nak makan bergedil ke kan..lagi pun boleh makan bergedil tanpa merasa minyak berlebihan pada bergedil kita tu yer.insyaAllah...lagipun guna minyak yang rendah kalori ni,taklah membimbangkan sangat,kan.. ;)

Marilah aku tunjuk serba sedikit bagaimana menghasilkan bergedil yang sedap la pada tekak aku dan pastinya jika korang pemakan kentang(ganas je ayat aku guna nih) yang tegar,pasti suka menu2 yang berasaskan kentang ni diperlakukan sebegini.haha..lantak la korang paham ke idak yer.. dah mamai dah mata ni nunggu upload gambar banyak ni tadi hah. Ayat pun tunggang terbalik kot..

Mula2 tu, tayang gambar contoh hidangan...

Kalau biasa korang makan dengan soto ke,mee kuah2 tu ke...kali ni bergedil ni enak dimakan begitu saja bersama sos dan mayonis jika suka..aku sukakk !! :D
Tapi untuk anak2,kalau tak suka buh banyak bahan seperti daun bawang dan daun sup tu,pandai2 laa adjust yer. Kalau anak2 aku,nampak jer cili dalam kuih tu contohnya,boleh fobia jap.hehe.. jadi isinya tu kena ikut selera masing2 yer. Resepi cuma panduan aje..

Jom buat bergedil mudah ni... Inspirasi dari cara membuat daging burger oleh rachel ray..hehe..
Oh yer,dan terima kasih buat kak Rosaliza yang buat aku teringin nak membagedil tempoh hari..pencetus semangat dan idea gitu..

BERGEDIL DAGING BURGER TANPA TELUR
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

2 Biji kentang-lebih kurang 400g
2 keping daging burger ayam ramly-cincang/potong kecil2
1-2 tangkai cili merah-hiris dan cincang halus
3 tangkai daun sup-hiris termasuk batangnya sekali
6 tangkai daun bawang-hiris
1/2 labu bawang besar-hiris dan cincang halus
1 sudu besar tepung ubi/tepung jagung
Minyak zaitun/minyak jagung atau minyak canola secukupnya.
Garam secukup rasa dan serbuk stok ayam(jika suka)

Cara membuatnya:
Mula2,kena laa rebus kentang sehingga lembut. Aku rebus guna pressure cooker lebih kurang 5 minit jer dah lembut selepas berdesir(aku belah 2 jer kentang tu).

Selepas kentang dah lembut(cucuk dengan garfu untuk menguji) boleh la dilecek menggunakan masher..masher ni memang berguna kat dapur..nak buat jemput pisang pun guna ni jugak.. ala,yang biasa orang guna untuk tekan2 daging burger tu. Kalau takde,boleh la guna garfu yer.. lecek sampai lumat semasa masih panas.

Setelah itu,ha..yang ni aku tak ingat nak snap gambar..panaskan sedikit minyak,tumis bawang besar yang dicincang halus sampai naik bau,masukkan daging burger yang dicincang atau potong kecil sehingga masak. Perasakan dengan garam..boleh tambah sedikit serbuk pati ayam jika suka.
Sementara itu potong/hiris semua bahan lain.

Ini laa rupa bahan2 yang sedia untuk dijadikan bergedil. Gaul guna tangan atau senduk. Tambahkan tepung ubi atau tepung jagung dan sedikit garam untuk rasa keseluruhan. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 20 minit agar mudah dibentuk.
Keluarkan dari peti ais,scoop menggunakan sudu bulat atau pencedok aiskrim supaya mendapat bergedil yang sama besar. Bulat2kan dulu kemudian baru tekan untuk mendapat bentuk yang sedikit leper.

Panaskan satu sudu besar minyak zaitun di dalam nonstick pan. Masukkan beberapa ketul bergedil (jangan letak terlampau banyak,nanti susah nak terbalikkan). Biarkan betul2 keperangan barulah terbalikkan(guna sudip leper,jangan guna penyepit) dan biarkan sehingga masak.
Angkat menggunakan sudip tadi dan toskan di atas kertas tisu(guna 2-3 lapis).


Minyak akan diserap pada kertas tisu seperti di atas..

Boleh lah di hidangkan bersama sos cili dan mayonis..enak dimakan begitu saja..macam makan kuih muih jer.. menu yang mengenyangkan! Tak payah makan nasik dah.hehe

Terasa lembut kentang dan wangi dari daun sup serta daun bawang..Yuummmmyy!!
Selamat mencuba ^__^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Roasted Beef vs Gulai Daging Salai

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah masuk hari ke enam kita berpuasa .. dah ada yang sibuk turun naik penimbang ke? Amboi,dah kurus katanya ye..tahniah2.. kiranya sambil beribadah dapat juga menurunkan berat badan kot2 ada terlebih kan..kalau ada yang makin terlebih2 beratnya dari biasa tu,kaji balik apa yang korang makan atau minum semasa berbuka atau bersahur la yer.. :D

Nih nak citer ni...menu ni buat sebelum bulan puasa aritu, sebelum ni memang kitorang teringin je nak makan western2 gini yang dimasak sendiri sebab selalu duk tengok jer kat tv tuh kat channel asianfood network kan ..so dipendekkan cerita,aku pun pilih laa daging batang pinang ni kan...aku perap semalaman bersama lada hitam(freshly cracked),cajun mccormick, garam dan minyak zaitun(e.v.o.o)..
Dah esoknya aku pun bakar ler dalam oven..

Roasted Beef
By:HaSue

Bahan2:
Daging batang pinang
Rempah cajun mccormick
Sedikit oregano kering
Lada hitam
Garam
Extra virgin olive oil(e.v.o.o)

Cara:
Gaul daging dengan semua bahan. Tutup dengan plastik cling dan perap semalaman dalam peti sejuk. Bakar dalam oven pada suhu 160c selama 45 minit. Hidangkan bersama sos lada hitam atau pilihan.. Enak dimakan bersama kentang putar.



Biasanya yang gini laa medium rare kann.hehee... aku kalo gini boleh lagi laa masuk tapi kena ada sos laa ..Tak nak laa yang masih juiccy sangat tu..
Lepas tu,baru berkira2 nak buat sosnya nih, cik abang merasa laa daging ni gitu jer.sedappp katanya..daging dah rasa manis kan...dengan perapan tu pun dah best gak..daging moist jer sebab buh e.v.o.o kan... lepas tu tetiba muncul mentol kat atas kepala beliau...
"Apa kata daging ni buat masak lemak?" Ah sudah...mudahnya dikau berpaling tadah..hehe...maklum la,kalo makan daging roasted gini mana sesuai nak ganding dengan nasi kan..dia lak jenis yang memang mencari nasi kalo time lunch..
"are u sure?" tanya aku balik..tetiba cakap omputih pas makan menu omputih kan.
Dah dia kata "sure" tu aku pun gi bakar lagi daging tu sampai well done masaknya.

Well done gini haa..masak elok tapi still lembut!
Lepas itu...yer,selepas itu baru aku teringat sebelum tu kak Anymz ada buat tayangan amal kat dapur beliau pasal gulai daging salai..aku pun apa lagi,gi geledah dapur kak nim tanpa waran sebab nak cepat..tak sempat nak apply waran bagai.
Tengok2 bahan guna belimbing buluh..ah,gantikan ajer dengan asam kandis yang ada...bisik hati kecilku masa tu sesuka hati.. tengok lagi guna santan cair dan pekat..dah terbayang si santan kotak yang bakal aku ejas jadi cair dan ku tinggalkan sedikit yang pekat..kehkeh...tak pasal2 ngejas resepi kak anim..

Tapi kan,walaupun gulai daging salai ku serba daif dan kekurangan,tapi dari segi rasa tak dinafikan...erhh..masam2 pedas tu rasanya sampai jugak kat tekak nih..maksud aku tu,apa yang cuba disampaikan oleh kak nim dalam resepi masakannya tu aku dapat rasa dah walaupun tak sempurna..
Sebelum ni kalo masak lomak memang den nak tumis yo..eh kuar lak loghat nogori bercampur2..maklum la pas makan masak lomak kan.


Jadinya,tarraaaa...! ni laa gabungan masakan western dan masakan nogori...ngko ado?hahahak.. sodappp ni..den suko! Berbeza tau dari rasa masak lemak yang ditumis..lagi best bila dah lama sket,santan dah sebati dengan daging..aduh. dah2,boleh kurus puasa kalo bayangkan lebih2 kang...kalo leh kurus badan takpe jugak kan.hehee...

Minta izin yer kak anim,nak share resepi kat sini...tapi bab meroasted tu memang ikut suka hati den yo.heee... terima kasih kak!

Gulai Daging Salai
Resepi dan sumber: anymz @ mykitchen

Bahan2

1 kg daging di hiris setebal 1/2 inci selebar tapak tangan-ketepikan
2 biji kelapa di jadikan santan
1 cawan santan pekat-pati
3 cawan santan cair
2 batang serai-di titik
25 biji cili padi*
sedikit kunyit hidup*
serbuk kunyit
Garam
Air secukupnya
Belimbing buluh secukupnya-di titik sedikit

*ditumbuk lumat

Cara

Daging yang sudah siap di cuci di gaul dengan serbuk kunyit dan garam
Perap semalaman
Daging yang sudah di perap di salai di atas bara hingga wangi dan kering air daging
Daging kemudian di hiris nipis
Masukkan daging ke dalam periuk bersama air secukupnya-agak2 tenggelam daging
Kemudian rebus daging hingga empuk
Boleh guna pressure cooker jika ada
Masukkan cili padi yang sudah di tumbuk bersama serai
Masukkan juga santan cair bersama garam dan juga belimbing
Masak hingga mendidih.
kacau selalu
Sudah mendidih masukkan santan pekat
Kecilkan api
Dan biarkan hingga masak kuahnya
Tutup api dan sedia untuk di hidangkan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 24, 2012

Udang Goreng Tempoyak..buat penggemar tempoyak!

Assalamualaikum

Uiihh..tadi kan,rambang jer mata nengok menu2 kat rumah rakan2 blogger jiran di tingkap dapur nih..memasing tayang menu2 menyelerakan..rata2nya tayang menu juadah berbuka puasa laa kan,dan yang paling banyak dalam carta penglihatanku hari ni tayang kuih muih..hamboii...ai tak berkesempatan lagi buat kuih muih ramadhan tahun ni.. ni petang kang baru nak buat kuih berasaskan pulut..tu pun kalo tak terbantut la.. jap lagi nak menyagat nenas lak nak wat inti tart..haih,cam sibuk bebeno yer..
Dalam keterujaan melihat rakan bloggers yang rajin ngupdate tu..hampir semua laa aku klik nak gi jengah kann...namun begitu,rata2 page tayang loading error..ah,sudah...kalo nak tunggu refresh memang kena lakukan banyak kali,baik ngupdate blog sendiri dulu.kikiki.. insyaAllah akan ku jengah juga nanti..ehehe..

Penggemar tempoyak? siapa? Aku ler teww.. Menu yang simple tapi membuka selera..hmm,rasanya di bulan puasa ni memang sesuai laa untuk menu sahur kott...sebab ia boleh disiapkan di sebelah malam sebelum tido..so esok tu tinggal nak panaskan jap jer..kalau nak buh cili hijau tu semasa sesi memanaskan tu pun boleh kann..

Guna udang,apa2 jenis udang pun boleh..cuma udang kering jer kurang relevan kot..heh.
Udang galah boleh,udang kertas,udang kecik,udang besar..udang geragau tak sesuai sangat laa jugak kot ek..
Dah..nak taip resepi nih.. nak bagitau dari segi rasa tu rasanya tak perlu dah bagitau kot..kang ada pulak yang membayangkan rasanya yang masam2 pedas tu..eh!kan dah terbagitau..

Sebelum ni dah gak post resepi sama..cuma kita adjust ikut stok bahan yang ada dan ikut kesesuaian citarasa masing2 ya..contohnya cili tu..kalau jenis lidah tahan pedas yang amat,buh laa banyak mana ikut suka ya..resepi cuma panduan saja..takkan kena marah kalo kurang atau tambah bahan... ^_^

UDANG GORENG TEMPOYAK
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

200g isi udang tanpa kulit
2 tangkai cili merah-hiris
6 cili api(merah+hijau)-hiris atau tumbuk
2 ulas bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
1/2 labu bawang besar-hiris
7 tangkai cili hijau-hiris
2 sudu besar tempoyak
Garam dan sedikit gula
sedikit minyak-dalam 1-2 sudu besar

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga naik bau. masukkan udang dan kacau goreng sehingga separuh masak. masukkan tempoyak dan kacau goreng sehingga masak. Masukkan cili hijau dan kacau sebati. Sebatikan dengan garam dan sedikit gula. Padamkan api dan sedia untuuk dihidangkan.


Rasa tempoyak kalo diganding dengan pedas cili memang boleh bertambah nasik tanpa sedar.huhu..menu sempoi tapi menyelerakan..tapi kalo yang tak makan tempoyak tu,ai..tak dapek laa den nak menolong eh.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, July 23, 2012

Sup Tulang.. mudah disediakan.. !

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan buat semua pengunjung lama dan pengunjung yang baru menyinggah ke sini..
Alhamdulillah bertemu kita kembali dengan bulan yang penuh kemuliaan dan diberkati ni..syukur ya Allah..semoga segala amalan kita juga semakin bertambah insyaAllah..

Nih tayang menu simple2 belaka laa kan..lagi2 di bulan puasa ni memang tercari2 jer menu yang simple belaka..tapi nak yang sedap. Macam sup tulang ni,kalau masih berbaki lagi,boleh la diubahsuai menjadi hidangan mee sup pula. Jangan membazir kann... contohnya dah jadi hidangan untuk lauk berbuka puasa..buat mee sup tu untuk sahur la pula,gitu. siap bagi contoh lagik.heee..

Sebenarnya ia sup tulang memang lebih mudah disediakan dan disiapkan jika memasaknya menggunakan pressure cooker..tengok laa sup tulang aku kali ni..gara2 nak sangat isinya lembut,sampai lekang terus dari tulang..huhhuu.. sah2 laa lembut kann...pastu kan,kali ni buat lak sup tulang rusa..memang sedappp..bukan senang nak dapat tu.. :D

Sebelum ni rasanya dah pernah share resepi mudah ni..saja laa nak kongsi kan kot2 ada yang tak jumpa lagi cara mudah buat sup ni.. cuma tu la,aku ni kalo sup gini memang suka nak tumis dulu..sebab aroma sup tu lebih kaw2 gitu bagi aku.. tapi jangan laa buh beriya..sekadar untuk menumis saja.. lagi satu aku suka jika air daging tu dikeringkan dulu semasa menumis..jadi sup tak mudah basi..begitu juga ketika memasak daging,ayam dan sebagainya.

SUP TULANG SIMPLE
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
1.5 kilo tulang + sedikit isinya.
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawaang putih*
2 inci halia*+1 cm halia(dihiris)
2 uncang bunjut sup adabi
sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya.
Garam dan perasa/kiub pati daging/ayam

Bahan lain:
Daun sup,daun bawang,bawang goreng,cili hiris

Cara2:
Tumbuk lumat bahan bertanda *.Panaskan minyak,tumis bahan2 tumbuk tadi sehingga wangi dan kekuningan.
Masukkan daging dan tulang dan gaul seketika sehingga daging mengeluarkan jusnya..Biarkan kering sedikit dan masukkan air sehingga 3/4 periuk tekanan.
Masuk bunjut sup adabi,garam dan perasa -nanti boleh adjust rasa..jadi letak tu agak2 sahaja.
Tutup periuk dan masak sehingga empuk-lebih kurang 40-50 minit selepas bermula desiran..bergantung jenis periuk tekanan juga.
Padamkan api,keluarkan tekanan sehingga kembali normal..buka penutup periuk dan sebatikan rasa sup. jika perlu tambah garam,tambah la secukupnya ya...setelah tu didihkan seketika dan padamkan api. Jika ingin menambah kentang,masukkan kentang dan masak lagi selama 4-5 minit selepas desiran.

Sup daging ni memang sedap dihirup gitu ajer.. Buat yang suka sambal kicap,boleh laa dihidang bersama sambil hirup kuah pedas2 kann.. aku sukakk!
Untuk daging yang segar memang tak perlu banyak sangat bahan2 nak buat sup nih...kali ni buat sup guna tulang gearbox..eh betul ke ek..hehe.bagi yang suka korek2 isi tulang tu lagi syok kan.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 19, 2012

Ku Dot-dotkan Kek Batik Coklat Itu..

Owh. Tajuk memang tak boleh blah. Sebenarnya men'dot2' tu pun sebab biskut marie biasa tu dah kehabisan tapi malas nak berkejar ke kedai mui kuang mini market.. atau ke glory supermarket untuk membeli biskut marie.( tak femes ke kedai aku sebut nih ek..orang selamba je sebut care4,giant kan..hehee). Jadi aku gantikan dengan biskut jejari runcing jer..susun memanjang,potong melintang,terhasil la bentuk polkadot tu.heh! :D

Dulu kan dah buat kek batik dot-dot tu kan..si Tun Telani pun dah buat baru2 ni.. sibbaik sempat ye tun..kalo idak kenyang cik tong makan sekut marie expired.kehkeh..
Kek aku buat nih aritu dah tau..bukan baru2 ni..saja nak post kat sini menambah koleksi kek batik..hanya tinggal kenangan yang indah bersamamu kek batik. aiseh. ngan kek batik pun nak jiwang.

Kali ni kek batik coklat resepi si Mylla orang sabah tu ba yang aku guna ni..kalo ko belum cubak ko cubak ba buat ni sendiri..bole ba kalaw kaw. Mementang resepi asal dapat dari orang sabah kan..nasib baik bukan orang Brunei,mun inda,berkurapak brunei tah jua aku ni karang.. hahaha...
Hai orang Brunei....(lambai2 tangan) ^_^
Negara jiran tu kalau dari Miri paling dekat sekali. Kalau dulu,banyak masa terluang ronda2 bandar miri di hujung minggu selalu berebut2 parking space dengan orang2 brunei ni.. Tidak la berebut sampai bertumbuq(sebut stail Johan raja lawak).hehehe..tapi mereka kan selalu menyopping ke Miri kan..murah bah tu qan kalau banding shopping negara mereka sendiri.. kita kalau ke brunei beli air tin tu kena pikir banyak kali dulu kot..tak berbaloi..hehe.. eh aku tak pernah lagi la gi Brunei. sekian. keskes..

Dah,dah..agaknya aku dah lama tak merapu dalam blog sendiri..sekali sekala memang best merapu kat blog sendiri ni. Tapi kadang2 tu merapu kat blog orang pun best gak..tengok blog juga laa kan,agak2 blog yang sekepala tu tak kisah kot kita komen pepanjang walaupun tak kena topik.. kalau ada salah silap aku terkomen blog korang ampun yaa.. ^_^

Meh layan kek batik separuh dot2..ambil gambar pun semberono saja..

Tekstur kek ni sepatutnya memang lebih kurang macam dalam gambar ni yer..padat jer kuar dari esbok bila dipotong..jika korang buat tapi masih lagi biskutnya bercerai berai,mungkin sebab adunan yang korang masak tu belum cukup pekat. Mungkin. Bila dah berada dalam suhu bilik agak lama,memang akan sedikit lembut tapi tidak mencair ya..tapi memang lebih layannn jika dimakan sejuk2..

Makasih ba mylla share resepi ni dulu..akak banyaq kali suda buat ni.. dan kalau boleh nak setiap kali share kat sini sebab pengunjung blog pun tak semestinya orang yang sama..tapi kadang2 memang tak sempat amik gambar nak posing2..
Jadi yang belum mencuba tu,sila la cuba ya..insyaAllah sedap dan enakk banget!


Kek Batik Coklat
Resepi Asal: Mylla@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:

* 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis - boleh kurangkan sedikit
* biskut marie(plain) secukupnya

Cara-cara

Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
Setelah pekat(membentuk kerak halus di dasar kuali),padamkan api.
Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
Siap...dan biarkan semalaman di dalam peti ais.... potong dan hidangkan...

Dah lama tak nampak tangan si kecik ni capai kek kan..
ni adegan peberet kakak aku nih.hehee..dah memang budak ni suka nyibuk masa aku ngah snap pic..huhuuu..


P/s: Terima kasih buat kakbesah@myr yang sudi singgah dan bersemangat meninggalkan komen2 kat blog ni ya.. saya sangat hargai komen2 rakan2 lama dan baru..
Seperti kakbesah dan kak zila66@myr,walaupun belum punya blog sendiri tapi tetap rajin blogwalking.. sekurang2nya empunya blog dapat merasai kehadiran mereka.
sayang akak2 sekalian dan semua pembaca blog..sekalipun yang senyap itu .. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Popia Nestum Horlicks..

Assalamualaikum.. :)

Nih nak habiskan kulit popia yang dah lama bertapa dalam freezer.
Kira kalo seorang lelaki yang bertapa mesti dah tumbuh janggut yang panjang.huhu...
Cara nak buat tu memang senang cam goreng ikan jer.
Gulung kulit popia tu satu persatu...gamkan dengan air atau air yang dicampurkan sedikit tepung...goreng sehingga sedikit kekuningan..toskan dan biar sejuk sedikit.. masa suam2 tu baru gaul ngan bahan2 yang dikisar iaitu nestum,gula dan horlicks.
Ada juga yang tak buh horlicks kan,tapi aku prefer ada horlicks sket ni..lagi kaya rasa gitu.
Jenis kulit popia yang digunakan juga mempengaruhi kerangupannya.

Sangat best untuk kudap2an / snek atau juadah sampingan di hari raya... Tapi kalau biar budak2 makan sendiri kena jaga2 gak la kalau gulanya tu bersepah mau stress gak nak ngemop lantai tak sudah.haha

oklah, klik SINI untuk resepi penuh..
Dan pada pendapat aku kan,kulit popia jenama PERTAMA lebih sesuai untuk snek yang manis gini..manakala untuk buat popia goreng yang berinti ayam,kentang dan sebagainya atau untuk dibuat samosa tu lebih sesuai guna jenama LOTUS.. tekstur kulit popia tu agak berbeza ye..
selamat mencuba! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 17, 2012

Resepi Best: Tart Nenas Gebu Dan Jem Nenas

Hai. Bertemu kembali..
Sedang mencari-cari resepi tart nenas yang best ke? Mesti korang nak resepi yang menghasilkan tart yang gebu dan dalam masa yang sama lembut pastrinya tu kan,dan inti pun harus laa sedap seganding.. Dah nak raya ni kot2 ada yang berazam nak buat biskut sendiri ke,kan..cari resepi lak last minute..haih..biasak nih!biasak!Meh nak cubit. Eh,tapi aku pun gitu gak laa selalunya.thi hi hi..Link
Hah!Apa kata korang cuba resepi kak Anymz nih..semenjak bertemu dan mencuba resepi nih,aku tergoda dan terpikat lantas terus melekat!
Sukar digambarkan keenakan dan kesedapan tart nih jika tidak mencuba sendiri..sebelum ni aku tak guna acuan pun,kali nih aku cuba guna acuan yang aku beli tahun lepas tu,nak tengok sila klik sini..

Dan antara hasilnya..

Tak santek macam kak anymz punya tart lagi..cer tengok tart tokey kat SINI.. ala,nanti aku buat selalu mesti lagi santek nyerr..(konfiden lebih jer nih..haha)

Buat penggemar tart nenas yang gebu dan lembut serta cair di mulut...sebab apa aku suka sebut lembut kat belakang tu sebab ada gak yang macam gebu jer tapi tak berapa lembut pada aku..aa,gitu la..tapi insyaAllah resepi nih tidak mengecewakan.. terima kasih banyak2 buat kak Anymz sebab kongsikan resepi sangat simple tapi sangat la best nih.
Pastu banyak tips yang beliau turut kongsikan untuk menghasilkan tart nenas nih ha..tak kedekut betul akak yang sorang nih walaupun buat bisnes tart kan..dulu la,sekarang katanya dah pencen..pencen muda.phewitt..!
Begitu juga buat rakan2 lain yang turut menyelitkan tips berguna demi menghasilkan tart nenas ..lepas ni nak cuba buat lagi dan lagi. Semoga semakin dimurahkan rezeki semua atas perkongsiannya ya..amin..

Marilah aku panjangkan lagi sekali resepi kak Anymz ni kat sini untuk memudahkan rujukan kita bersama..sebelum ni dah buat gak di sinun..
semoga bermanfaat untuk mereka yang baru berangan nak mencuba buat tart sendiri ya..sama2 juga kita doakan kesihatan kak Nor Aznim Zakaria nih untuk memudahkan apa jua urusannya.. :)


Tat Nenas Gebu
Resepi: Kak Nor Aznim@anymz-mykitchen.blogspot.com
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2 pastri

4 oz butter- 115 gram
4oz minyak sapi- 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum-450 gram
sedikit garam
air sejuk-jika perlu

Cara2:

Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
Masukkan butter dan minyak sapi
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Guna acuan seperti gambar di sini(klik).
Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min

Nota kak Anymz:Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Untuk Inti Puan2 boleh gunakan seperti biasa.samada yang buat sendiri atau yang segera yang sedia ada di kedai2 jualan bakery.

Tips tambahan dari kak anymz lagi: Ketika menambah tepung,hentikan penambahan tepung sekiranya doh sudah boleh dibentuk(dipicit dari acuan)-kena buat praktikal baru boleh faham ni yer puan2.

Tayang sikit kegebuan dan inti hasil buatan aku sendiri..ecece.. sebab pastri tu tak buh gula,ia memang serasi digandingkan dengan jem nenas nih..hmm..sedap!sedap!sedap! meh tengok resepi jem/inti nenas yang simple ni pulak..

Resepi Inti Nenas cara kak Anymz:

Bahan2:
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning

-HaSue tambah kayu manis

Contoh nenas yang digunakan..menurut kak nim,jangan guna nenas yang masak sebab terlalu banyak jus..kalau nak guna jugak,kena kurangkan gula la ya,sebab takut terlampau manis.. betul tak kak nim?hehe..

Cara membuatnya:

Kacau nenas dan gula dalam kuali.
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara untuk digunakan bila2 masa.

Tayang close-up lagi sekali..leh seksa jiwa kalo renung lama2 ni.. bayangkanlah kegebuannya dan rasa sedap intinya..bayangkan,bayangkan!!(ni macam saje je cari pasal..hehe)

Inti belen aritu ada lagi tu..bila tah nak ngetart lagi ni..dari minggu lepas nak ngetart tak terlaksana jugak..huhuu.. kena senaman jari jemari dulu nak picit doh tu..huhuh.
Selamat Mencuba!!

Kalau best,share la dengan kawan2 ya.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kerabu Udang Galah Dan Terung Bakar

Assalamualaikum

Selamat pagi semua pengunjung blog ni..terima kasih sebab rajin belek blog ni eh..tak laa sunyi entri2 dalam ni ha.. ;)

Pagi2 dah tayang kerabu kan..kusss semangat! Memang dasar ni. Dasar suka peram entri..hoho. Entri ni pun dah duk dalam draft since 4 hari lepas..kikiki..tu pun menu tertunggak.. :D

Oh,kot2 ada udang galah yang masih banyak stok tu, lepas tu boring kan asyik nak masak rebus asam jer,kari ke,masak lomak ke..hahh,apa kata tukar menu ke udang tu dibakar lak..jadi menu pembuka selera..selalu kalau udang aku bakar,ratah jer cicah kicap yang perah limau dan lecek cili api..huwargh!sedappp..!!
Tu dah sedap tu, ni kan pulak dikombinasikan dengan terung yang turut dibakar. huh. ngah makan tu,orang pijak kaki pun tak rasa nih.. Ni bagi penggemar udang dan terung mesti dapat bayang nih..tapi yang tak suka makan terung pun boleh jadi suka kot..

Resepi mudah tapi membuka selera...

KERABU UDANG GALAH BERSAMA TERUNG BAKAR
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
4 ekor udang galah -Bakar,kupas kulit dan hiris isinya
4 batang terung panjang(ungu)-bakar dan ambil isinya
1 batang cili merah(nak tambah pun boleh)*
10-15 biji cili padi(merah+hijau)*-nak pedas lagi,tambah la yer ikut selera
1 ulas bawang merah*
1 sudu belacan bakar*
Garam dan gula secukup rasa*
3 biji limau kasturi -atau secukup rasa

Cara:
  1. Tumbuk bahan2 bertanda *.
  2. Gaulkan semua bahan2 dalam bekas.
  3. Perahkan limau kasturi.
  4. Gaul sebati dan sebatikan rasa. Sedia untuk dihidangkan
Contoh udang galah yang digunakan.. saiz yang sepit biru ni ..kalaudimasak rebus(kari masak lemak dan sebagainya tu),kepalanya tu yang boleh jadi kuah sekali..juicy.hehe..

Rasa udang dan terung bakar diganding dengan rasa pedasss dan masam serta disulam rasa belacan..hermmmmph!speechless.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 13, 2012

Roti John Mudah

Assalamualaikum..

Selamat pagi Jumaat yang indah..awal2 pagi lagi dah panas kat sini.
Rasanya sekarang dah nak masuk musim hujan gak sebab selalu gak laa hujan sekarang ni berbanding bulan lepas yang kemarauu berpanjangan.. tu yang lega sikit rasa bila tengok cuaca panas sikit,boleh la nyidai pakaian dengan yakin..kalau nak hujan biar petang sikit,tak pun malam..hee..

Sarapan apa pagi ni?
Atau plan nak masak apa untuk minum petang nanti?
Apa kata sediakan roti john yang agak mudah disediakan ni untuk seisi keluarga.

Kalau warga Miri,mesti tau stall burger yang menjual roti john di area servay supermarket mungkin sekitar awal tahun 2000 gitu memang sedap sangat roti john jualan mereka tu..kalau melintasi kawasan tu untuk balik dari bandar memang nak singgah jer.. tapi dah lama2 tu rasanya bukan mereka lagi kot yang bisnes di situ,sedap keenakannya dah lain..walaupun masih sedap,tapi tak sesedap yang sebelum tu.

Rasanya kalau buat sendiri ni memang boleh adjust ikut selera kan..masalahnya bagi yang tak pernah merasai sendiri pengalaman menikmati roti john yang sedap mungkin susah sikit la kan...jadi hentam sajalah yer ikut mana yang rasa sedap..huhu...
Kalau ikutkan,daging burger yang digunakan juga amat mempengaruhi..jangan beli yang murah sangat tu..pastikan yang sedap.. :)

Cara buh inti nih aku tiru cara penyediaan kat stall roti john tu..heheee...buh inti sesiap dalam pan,lepas tu baru buh roti kat atas,nanti inti tu melekat kat roti tuh..

Untuk rujukan bersama,jom semak resepi mudah dari kak umi_e nih...nanti boleh adjust ikut citarasa sendiri ya..terima kasih kak umi_e. :)


Roti John Mudah
Resepi:umi_e@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

250gm daging cincang- hasue guna daging burger
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
sedikit garam
3 biji telor
sedikit butter
6 keping roti 'finger rolls' (roti panjang)
sos dan mayonis (jika suka)

Cara-cara
  1. Blend bawang dan bawang putih
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari
  3. Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak
  4. Belah dua roti jangan sampai putus
  5. Masukkan telor dalam daging cincang
  6. Pukul sebentar telor+daging
  7. Panaskan butter dlm kuali
  8. Sapukan aduna daging+telor atas roti-hasue letak inti atas pan mengikut sukatan roti dan telangkupkan roti di atasnya,biarkan sebentar dan inti akan melekat pada roti.
  9. Terlangkupkan atas kuali
  10. Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar
  11. Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing
  12. Hiaskan dengan sos dan mayonis jika suka
Aku suka tambahkan daun bawang dan kobis sekali..rasa sedikit berbeza dari burger tapi yummmm! sedapppp dan mengenyangkann.. ^_^
Selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, July 4, 2012

Kek Lapis .. lagi!

Assalamualaikum.. :)

Orang kata, adakalanya mimpi boleh jadi kenyataan jugak dalam hidup nih kan.. Macam aku ni la,malam tadi aku mimpi mengupdate blog,jadi aku pun mengupdate la blog nih ha..hee.. dengan menu ulangan lak tuh..takpe la kan,janji blog berupdate. Macam dah lama jer tak bertukar entri sebelum nih..nak updatekan kad2 besday pun terpaksa tangguh..kesibukan terlampau.huhu.. terima kasih sekali lagi buat kawan2 yang wish my besday last month..paling suka,part kawan2 bagi bunga,kad warna biru belaka..sangat2 sporting!hehe.. eh,yang bukan kad atau bunga pun ada.. :P

Oklah,kek ni buat sempena tekak teringin nak makan kek lapis..baki stok tepung biskut marie belen buat aritu pun cukup2 buat separuh adunan kek nih masa itu.. maksudnya dah beberapa minggu dah aku buat kek ni..baru publish kat sini. :D
Jadi kalau korang nak merasa,kena laa buat sendiri kek yang sedap n moist ni ya.. ke'moist'annya tu versi kek sarawak la.. ;)

Buat yang dah mencuba mesti dah dapat bayangkan rasanya kan.. yang belum cuba tu pun sila la bayangkan rasanya dengan melihat bahan2 yang digunakan..

Sebab aku rajin alang2 nih,aku kopipes kan lagi skali resepi dari entri sebelum nih ke sini untuk memudahkan kerja yang nak meninjau resepi eh..terima kasih lagi sekali buat penyumbang resepi nih Puan DayangJack..amboi,berbudi bahasa sungguh ayat aku arini..hihi..

Kek Lapis Evergreen Kukus
resepi: DayangJack@DapurkuSayang
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci)

Lapisan Hijau

10 biji kuning telur A
225g mentega berkualiti tinggi
1/3 cawan gula halus
1/4 tin susu pekat manis
1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)

Lapisan Putih :

1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
225g mentega berkualiti tinggi
10 biji putih telur A
1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla-hasue tambah


Cara-cara:

Lapisan Hijau :
Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.

Lapisan Putih :
Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Masukkan esen vanila dan sebatikan. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)

Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.

Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus.
Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.


***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
***balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama

Lembap dan sedap..selamat mencuba!! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...