Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, November 22, 2010

Kuih Bakar Lemak Manis

Buat untuk minum petang nih..tapi gara2 x sabar nak potong,aku keluarkan dari loyang masa ngah panas2 lagik..hehe..
Tapi rasa kuih bakar nih memang best..tekstur pun lembut sangat..rasa lemak n sedang2 jer manisnya. Kalo nak lemak lebih guna laa santan pekat fresh..sure lagi sedap.. pastu aku x letak pun bijan coz x berapa suka..ehee..

Resepi nih intai kat dapur kak fida@myr,dah lama simpan baru hari ni cukup seru nak buat..tima kasih kat kak fida yg x kedekut ilmu n resepi yang ada dalam koleksi beliau..
Jadinya resepi mudah ini dipanjangkan lagi kat sini agar mudah orang lain nak mencuba pula..

Kuih Bakar Lemak Manis

Bahan-bahan ( Loyang 8x8 inc. )

• 1 1/2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan gula
• 3 biji telur
• 3 cawan santan - (200ml sntan KARA + air)
• 3 sb susu manis
• garam secukup rasa
• 1 sk esen vanilla
• sedikit pewarna kuning
• bijan - utk tabur (opt)

Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan2 di dalam blender kecuali bijan dan kisar hingga sebati.
2. Masak adunan hingga pekat.
3. Tuang ke dalam loyang yang di sapu majerin,ratakan adunan dan tabur bijan jika suka dan bakar selama 40 min atau sehingga kelihatan garing.

Note:oh ya..step no 2 aku skip jer..terus bakar cam kuih bakar biasa buat..sibbaik menjadik gak..ehee..seeloknya ikut laa cara2 kat resepi tu yer..aku tadi tuh lupa nak rujuk resepi..ehee..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

36 minggu..

sumber: baby centre(klik untuk info lanjut)

Kalau tengok gambar kat atas nih kite leh imagine eh bila baby tu bergerak..kita dapat rasa yg tu sikunya,lututnya..montotnya.hehe..paling terasa laa tumit n siku dia..usik2 balik mesti dia 'tenggelam' balik..geli kot..bahagia jer dengan tendangan2 kecil nih kan..? :) bila baby dah kuar nanti mesti rindu nak main perut..haha

Dah masuk ke 36 minggu dah..
Seronok baca perkembangan bayi dalam perut nih..minggu ni antara perkembangan yg menarik bila dier kate
'The good news is that by the end of this week, your pregnancy will be full-term and you could give birth any day. '

Nak baca lebih lanjut klik link kat atas.. bagi yg sama2 mengandung sekarang sila2 laa jenguk website tu ye..untuk pengetahuan lebih.. :)

Semalam baru settle cuci keperluan baby yg baru dibeli.. Esok lusa baru nak packing dalam beg yang nak dibawa gi hospital..
Sebelum nih masa mengandung dah masuk bulan ke 7 lebih dah packing sikit2 dah..standby awal gitu takut ada benda x dijangka kan..
Tak tahu laa kali nih cam konfiden jer belum bersalin sebelum minggu ke 36. sibbaik lum lagik..ngee
Suami pun dah naik risau nengok lum packing2 lagik.hihi..

Keperluan lain rasanya dah cukup..tinggal nak pack jer lagi..tambahan lak kali nih plan nak bersalin kat tempat orang ni..agak nervous gak laa coz x tau perkhidmatan diorg camner kan.. Harap2 ok laa nanti..aminn2..

Gambar nih amik semalam..ekslusif gitu..eheh. agak2 baby girl ke baby boy nih? :P

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, November 21, 2010

Udang Galah Masak lemak Kuning

Dah lama tak tayang udang kat sini..padahal selalu gak sebenarnya menu udang kat umah nih..maklum,menu yg senang nak sedap dan menjadi kegemaran seisi keluarga..
Selalunya kat umah nih kalo x masak asam yg biasa tu, akan masak kari..kadang2 masak kunyit jek.. kali nih aku masak bersantan lak...jarang2 masak guna santan gini,selalu guna susu cair jer..
Sekali sekala layan kolestrol apa salahnya..haha

Nama lain bagi masakan nih MASAK LEMAK CILI API kot? Tapi aku tengok orang lain masak biasa boh air dulu baru boh udang..aku lebih suka tumis udang tu sekali dengan bahan2 tumisan barulah tambahkan santan n airnya..

Nak kongsi resepi kat sini kot2 ada yang nak mencuba yer..resepi lebih kurang jer,cuma kadang2 teknik jer lain2.. ;)

Bahan2:
  • 1 kg udang galah
  • 1-2 tangkai cili merah*
  • 5 tangkai cili api(boleh tambah jika nak pedas lagi)-ketuk
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 4 cm kunyit hidup*
  • 2 btg serai-hiris2*
  • Sedikit belacan(optional)*
  • Asam gelugor(secukup rasa)
  • Garam dan gula
  • 1/3 cawan minyak utk menumis
  • 100ml pati santan
  • 200 ml air (terpulang kepada kepekatan kuah yg disukai)
Cara2:
  1. Bersihkan udang,buang 'poket' kekotoran di kepalanya dan potong jika suka..Cuci dan toskan
  2. Bahan2 bertanda * ditumbuk lumat hingga menjadi pes.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg menjadi pes tadi sehingga wangi dan sedikit kekuningan. Masukkan cili api yg diketuk.
  4. Masukkan udang dan kacau sebati sehingga udang bergaul rata dengan bahan2 tumis
  5. Masukkan santan dan gaul rata lagi. Kecilkan api dan masukkan asam gelugor,garam dan gula.
  6. Tambahkan air sehingga kepekatan yang diingini dan biarkan sehingga udang masak.
  7. Jangan masak terlalu lama nanti isi udang akan keras jika terlebih masak. Sebatikan rasa dan padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.
  8. Note:Boleh tambah hirisan nenas atau epal hijau jika suka.
Menyelerakan tekak bagi penggemar udang cam aku..ehe.. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, November 20, 2010

Kek Batik Coklat

Dah lama tak buat kek yang amat mudah:bahan2 minima,tak perlu guna oven atau pengukus nih..Ingat nak cuba tambah nestum,tapi nestum lak kehabisan stok...rasa2 jer cam ada,rupanya dah abes.eheh..tapi kalo letak nestum mesti tak licin ceklatnya nanti eh?

Apa2pun sapa2 lom cuba buat kek nih,sila2 laa buat...tak pernah buat kek pun leh cuba yer..
Gaul adunan tu biar sampai pekat ,melekat gitu..pastu kalo nak lebih roti,lapiskan banyak sikit laa..cam kali nih aku buat 3 lapisan roti jek..lebih coklat kat atas tu..rasanya memang sedap,lagi2 kepada penggemar coklat..
Seeloknya ia disejukkan dalam peti ais sebelum di ngap yer.. ;)

Tekstur coklatnya ala2 cloud 9 gitu..hehe

Tima kasih pada Mylla sekali lg..hehe..(link resepi asal boleh klik pd tajuk resepi di bawah)..resepi di bawah aku dah edit skit..
Sebelum nih pun dah beberapa kali post kat sini,leh tengok kat labels 'Kek Coklat' yer...selamat mencuba!


Kek Batik Coklat
Resepi Asal: Mylla@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:

* 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin-hasue guna marjerin puteri,jadi kek tak mudah lembik
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis > boleh kurangkan sedikit
* biskut meri secukupnya

Cara-cara
  1. Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  2. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
  3. Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
  4. Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
  5. Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
  6. Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan...
Kek Meh amik sepotong sorang..nak lebih sila wat sendirik yek.. :D

P/s: Seeloknya gunakanlah biskut meri yang plain,sebab rasanya x manis jadi balance laa nanti dengan adunan yang dah cukup rasa tu yer..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, November 19, 2010

Burasak vs Rendang Daging

Salam..bertemu kembali.. :)

Hari raya aidiladha 2 hari lepas,aku tak buat apa2 pun menu raya..sungguh.xde semangat raya langsung..masak biasa2 aje. Lagipun tak balik kampung gak sebab semalam(khamis) dan hari ni anak2 masih bersekolah..esok barulah bermula cuti sekolah anak2..
Tahun depan insyaallah si kakak akan melangkah ke darjah 1 dan si abang akan melangkah ke darjah 6..si kecik Yana pula bakal menjadi baby sitter adiknya yg bakal lahir nanti,insyaallah..
Aktiviti dia sekarang suka menyelongkar perkakas baby dan kata tu dia punya..mencabar jugalah jadinya bila dah kemas2 barang tu,tau2 dia selongkar balik..habis dicubanya segala seluar,selimut,lampin..dibalut kat badan..hmm,sabor jelah. Maklum laa badan dia pun kecik,so ada gak seluar2 baby yg termuat dia sarung..hehe..

Oklah,cerita pasal menu yg ditayang ni sebenarnya bukan aku yang buat yer..kan dah kata tadi takde menu raya aidiladha aku buat kali ni..
Burasak ni satu set dengan rendang daging disedekah oleh makcik yg merangkap pembantu aku gak laa sepanjang aku preggy nih..dia la banyak bantu buat kerja2 umah. Dia nih berbangsa bugis so memang makanan tradisi orang bugis untuk perayaan nih kan?

Sebenarnya bukan kali pertama dia bagi burasak nih..cuma kat umah nih x berapa reti nak makan..nak habiskan sebijik pun susah..maklum laa,tekak kite biasa dengan pulut lembut2 lembik gitu kan.. yg ni makcik tu kata guna nasi pulut gak..cuma pejal gitu. Kalau ikut resepi yg kat myR tu guna beras biasa eh?nih kalo ada org2 bugis atau yg arif pasal burasak nih,meh laa kongsi info pasal burasak nih..kalo ikut makcik ni,mmg boleh guna beras biasa atau beras pulut..


Yang dia buat nih guna beras pulut biasa dan beras pulut merah.. sedap cicah ngan rendangnya..plus,rendangnya lak pedas gitu..budak2 memang x makan laa pedas2 gini..hehe..

Ni laa rupa burasak tu..siap leh kupas cam kupas pisang..hehe...aritu dia buat yg ala2 pulut dakap gitu. Agaknya cara pembungkusan pun boleh dipelbagaikan kot..


Buat mereka yg nak mencuba sendiri buat burasak nih,nih resepi yg dikongsikan oleh cahayer@myR..kopipes dr sana je utk rujukan sendiri n pengunjung blog ni eh...tq buat cahayer..

Burasak

Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 1 kg beras wangi, masak seperti nasi lemak kosong, dgn santan, sedikit garam, dan air. Nasi keras sedikit pun tak pe. * Daun pisang muda potong sebesar A4 beberapa keping utk bungkus nasi.
  • Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal. Berapa keping tgk berapa set nasi dpt buat.
  • Tali rafia dan gunting
Cara-cara
  1. Setelah nasi sejuk (panas pon ok kalau tangan kebal hehehe...), senduk sedikit letak atas daun pisang muda.
  2. Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut2 atas bungkusan kasi nasi leper dan padat. Jgn nipis sgt atau tebal sgt.... yang sedang2 saja...
  3. Ambil 5-6 biji burasak, bungkus dgn daun pisang tua macam bungkus hadiah (gulung ikut bentuk burasak yg bertingkat tu dan lipat kiri kanan, baru ikat dgn tali rafia.
  4. Rebus 3-4 jam, angkat dan tos macam ketupat. Buka tali dan buangkan daun pisang tua, hidangkan sebiji2 atau potong dua.
  5. * Kalau beraya ke rumah org bugis yg betul2 pure , dorang akan hidangkan asam pedas ikan parang yg dimasak sehingga tulang2 dia dah lembut macam tulang ikan sardin. Saya prefer ikan merah asam pedas, tapi burasak sedap juga makan dgn rendang ke.. ayam masak merah ke... cubalah.. mungkin rasa dia pelik sikit bagi org yg pertama rasa burasak.
Nih pulak rendang daging pedas tu..memang sedap! Makan ngan nasi putih pun enak dong!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 15, 2010

Al-Fatihah

Salam..
Pada hari Jumaat lepas bersamaan 12/11/2010 bersamaan 5 zulhijjah 1431h, kami telah dikejutkan dengan panggilan telefon dari abang ipar dari hospital besar Miri dan menyampaikan berita yg sudah pasti menyedihkan..ibu mertuaku telah dijemput Ilahi pada awal pagi itu juga.
Arwah MIL di admit di hospital pada hari Khamis tersebut dan masih boleh berjalan sendiri walaupun badannya agak lemah. Kondisi jantungnya yang agak lemah dan kakinya membengkak membuatkan arwah akhirnya mengalah untuk dibawa ke hospital setelah beberapa kali didesak oleh anak2nya. Pada bulan April yg lepas arwah juga pernah diadmit di hospital dan keluar setelah dirawat beberapa hari. Sebab tu kami tak menyangka sama sekali arwah tidak kembali lagi pada kali ini..
Kami amat terkilan sebab arwah jenis tak nak menyusahkan anak2 sama sekali,bila anak2 ingin menemankan beliau di hospital tu disuruhnya balik jer..lagipun keadaan arwah masa ditinggalkan tidak menunjukkan keadaan yg lemah apalagi kritikal. Arwah berkeras tidak mahu ditemani seperti sebelumnya juga

Kami bertolak dari tempat kerja suami nih kira2 pukul 6 pagi. Buntu sangat2 selepas terima panggilan dr abg ipar tu..otak aku jem kejap nak packing barang pun aku x tau nak pack mana satu..sedih sangat2..tapi aku cuba gak kuatkan semangat coz nangis2 kan x baik utk mengiringi pemergian org tersyg.. aku dah rasa MIL tu macam mak kandung sendiri dah..bukan mertua pun..arwah amat baik pada semua menantu2nya,cucu2 nya dan tiada pilih kasih langsung..
Arwah dan suami(FIL) juga boleh berbangga dengan kejayaan membesarkan kesemua anak2nya yg boleh dikatakan berjaya dalam kerjaya masing2 dan terdidik dari segi agama.
Kebelakangan ni kesihatan beliau amat tidak memberangsangkan dan ditambah lagi semenjak pemergian FIL(ayah mertua) 3 tahun lepas.

Syukur sangat2 kerana Allah permudahkan perjalanan kami balik ke kampung kerana beberapa minit setelah tiba di surau(jenazah telah siap diuruskan n disembahyangkan di surau hospital),jenazah pun tiba. Sejurus selepas itu jenazah terus dikebumikan kerana mengejar masa untuk solat Jumaat pula. Hanya seorang anak arwah yang tidak sempat kerana tempat kerja jauh di pedalaman dan mengambil masa utk pulang ke kampung..

Kami diberi kesempatan untuk menatap seketika wajah arwah yang berada di dalam keranda. Sungguh tak puas rasanya menatap wajah arwah..teringin jer nak menatap lama2 dan kalau boleh nak peluk cium buat kali terakhir. tapi keadaan memang tak mengizikan pada waktu itu. Aku tak dapat menahan sebak dan airmata laju jer keluar. Tambahan lagi bila anak kecilku(Yana) yg berusia 2 thn 2bln kata..'Tidur nenek.." ye syg,nenek tidur buat selama2nya...
Selepas jenazah diusung keluar Yana sekali lagi bertanya,"nenek pergi mana tu?nenek dah bangun?" dengan bahasanya yang petah sekali dan agak mudah difahami.. Benarlah anak kecil itu belum memahami..

Kenangan raya aidilfitri terakhir arwah MIL bersama Amylda(my doter). MIL bukan jenis suka bergambar,so susah juga nak amik gambar arwah..

Yana di rumah nenek pada aidilfitri lepas..dengan keletahnya yang tak habis2 bercakap. Kata2nya di surau ketika melihat jenazah membuat hati sebak..

Arwah MIL melayan karenah cucu2nya di pagi raya sementara menanti anak2 dan menantu pulang dari sembahyang sunat aidilfitri baru2 ini. Arwah tidak dapat turut serta kerana keadaannya yg tidak mengizinkan pada waktu itu..

Aku agak terkilan juga sebab arwah x sempat menimang cucunya yg bakal dilahirkan bulan depan ni,insyaallah..dan raya aidiladha kali ini pasti tidak bermakna seperti yg dirancang..sesungguhnya Allah itu lebih menyayanginya..

*Buat kawan2 di facebook,terima kasih atas ucapan takziah n doa Al fatihah yg disedekahkan untuk arwah,hanya Allah sahaja mampu membalasnya..
Untuk Allahyarhamah ibu mertuaku,semoga rohnya bersemadi dengan tenang dan aman di sana..dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan bertaqwa..Aminnn ya rabbal aa laminn..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, November 11, 2010

Sira Pisang


Sira Pisang

Bahan-bahan ( 5 orang )

* 10 biji pisang nangka
* 100gm gula
* 2 kuntum bunga cengkih
* 2 kuntum bunga lawang
* 1 batang kulit kayu manis
* 250ml air
* daun pandan
*tmbh sikit pewarna kuning

Cara-cara

1. Masak air dan gula hingga mendidih, masukkan bahan rempah dan pisang. Tutup periuk dan masak dengan api yang sederhana.

Selalu tengok orang buat tapi aku 1st time wat sendiri n makan gini..sian kan!haha..
Tima kasih buat citarasawan @kak wan yg sudi kongsi resepi simple ni..kopipes dr myR jek..
Add Image
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, November 10, 2010

Jom Sarapan Pancake

Salam..
Honestly,aku sebenarnya bukan penggemar tegar pancake sebelum nih..yg lepas2 nih x tau laa ek..hehe..
Kalo guna nonstick frying pan yg kecik sure comel2 jek..aku wat besa tp x ler sampai besar pan aku tuh..hehe..tu yg x berapa kemas n santek..takpe,yg penting rasa tu kan kan..(pujuk diri)

Resepi nih memang gebu n lembut jer penkek nih haa..aku makan ngan susu pekat jer..
Nak mkn ngan ceklat pun malas bebeno nak cairkan ceklat..hahaha..
Kalo lempeng biasa pun mmg salu layan ngan susu pekat!ahak

Kadang2 tuh ada gak makan dengan mentega kacang..pun sodappp..
Oklah,tanpa buang masa..resepi nih diselongkar dari dapur Kak Nor Ganu nun dan dikopipes dgn sewenang2nya terus ke sini..
Mekasih buat penyumbang asal resepi dan mekasih buat kak nor cayang yg kongsikan bersama..

Pancake

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 9, 2010

Masih berat ke?

Aku sebenarnya sibuk menimbang berat blog > website speed test
Sampai sekarang masih tercari2 nak buang widget yg mana lagik kat blog aku nih untuk meringankan beban blog sekaligus untuk mempercepatkan loading bila buka blog..sebelum nih susah nak nak edit2 coz tenet slow amat..
Masa mula2 aku timbang aritu berat blog sampai 400 kb gitu..patut ler lambat jek kan kan..
Sekarang nih dah 213kb gitu laa.. bila bandingkan dengan blog kawan2 yg lain sekitar 1ookb gitu jek..hehe..

Sebab tu laa terpaksa buat kuye2 kesayangan aritu..huhuk

sesambil godek2 blog,smpt gak laa blogwalking..blog sndirik x terupdate..hiii
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, November 6, 2010

Kek Coklat Lembap

Nenong2..semalam x sempat ngentri..hari ni jangan laa x sempat lg ek...
Kek nih dah abis..jangan mintak2 dah..buat sebelum minggu lepas..err,bila tu eke..aritu laa..masa tenet masih wat hal..
Nih pun lama duk dalam fridge coz kat umah ni bukan peminat kek coklat tegar sebenarnya..cuma aku n banglong jer makan lebih..cik abe makan sepotong dua jer..c kakak entah makan ke idak..si kecik lak kadang2 makan,kadang taknak..hehe

Sebenarnya kek nih bagi aku sedap laa n moist..rasanya buat penggemar kek coklat mesti sukak sangat..
Resepi asal dari internet gak...tapi dah diubah suai mengikut sukarasa aku jek dan mengikut stok bahan2 yg ada masa itu..
Ada masa nanti aku update resepinya eh..
Walaupun banyak resepi kek coklat sekrang..kot2 laa nk cuba resepi nih plak..hehe

Gambar sememeh jer..nih pun last aritu baru ingat nk amik gambar yg dah dipotong.. Ganache tuh aku godek2 sendiri jer guna whipping krim,coklat masakan,marjerin n sikit susu pekat...betul2 main campak jek x sukat2(sebab malas la kak) tapi sedap la kat tekak aku yg suka topping agak pekat..yg atas tu coklat susu(yg utk dmakan tu,bukan cooking ceklat ye) yg diparut.. :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, November 4, 2010

Kek Lapis Kasih Ibu

Kek lapis lagi?haihh..bila laa nak abis entri pasal kek lapis ni ek?haha...
Nih pun buat sama untuk open house penghujung syawal yg lalu..
Kek ni asalnya tak letak asam manis..tapi aku letak cikit2 gak sebab nak abiskan asam manis yang dah dibuka bungkusannya..hehe..

Kek nih memang simple yer..bahan2 digunakan juga amatlah minimum..so pada mereka yang ingin mencuba buat kek lapis sarawak..boleh laa mencuba resepi ini..

Kek Lapis Kasih Ibu

Bahan2:
  • 340g mentega
  • 165g gula halus
  • 1/2 tin kecil susu manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 6 biji telur ayam (gred A)
  • 170g tepung hongkong/tepung gandum
  • 180g seri kaya(tin kecil)
  • Pewarna-hijau dan merah jambu / atau pewarna pilihan
Cara membuatnya:
  1. Panaskan pengukus, oles loyang dengan mentega dan tabur tepung dengan rata(tepuk2kan loyang sekeliling supaya tepung rata,buang tepung selebihnya)
  2. Mentega dipukul bersama gula halus sehingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul dengan kelajuan yang perlahan.
  3. Setelah itu masukkan esen vanila,tepung,susu dan serikaya. Pukul sehingga sebati dan padamkan mesin.
  4. Dengan menggunakan senduk,gaul adunan agar benar2 sebati sehingga dasar bekas.
  5. Bahagi kepada 2 bahagian,warnakan hijau dan satu bahagian lagi diwarnakan merah jambu.
  6. Masukkan satu cawan warna hijau dan kukus sehingga hampir masak(cukup sekadr permukaan hampir kering(masih berwap) dan jangan tunggu sehingga menggelembung)
  7. Lapiskan dengan satu cawan adunan berwarna merah jambu..(Boleh susunkan asam manis jika suka.)Ulangi langkah ini sehingga adunan habis.
  8. Kukuslah sekurang2nya satu jam setelah lapisan terakhir. Selamat mencuba.. :)
Kek nih macam kek sarawak yg dah aku buat tayangan amal sebelum2 nih juga,lembut n moist..boleh juga kalau nak tambah perisa seperti horlicks atau milo yer..

Kena rajin mencuba kalau nak tahu hasilnya macammana.. tapi kalau nak buat koleksi resepi pun,apa salahnya ye tak..kot2 satu hari nanti baru tergerak hati nak mencuba ke..hehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Laksa Sarawak..lagi!!

Tiada dalam gambar: Bihun, taugeh,tauhu goreng dan sambal belacan

Sebelum nih dah pernah kongsi resepi laksa sarawak kan..kali nih aku nak cerita sikit laa pengalaman aku 'ter'mengidam laksa sarawak nih beberapa bulan yg lepas..ehe

Pernah tak antara korang mengidam yg betul2 mengidam(ketika hamil)?? Orang kata,tahap mengidam nih terjadi pada awal2 peringkat kehamilan,sekitar 3 bulan ke bawah(usia kandungan)..tak tau laa betul ke tak yer..sebabnya selebihnya tuh bukan mengidam dah,tapi teringin jer..hehe..
Pastu kan,org kata lagi..kalo mengidam nih memang tak sama dengan perasaan teringin sahaja..tapi perasaan sangat sensitif..mesti nak makan juga..dan macam2 lagi la..
Macam tu laa perasaan aku masa nak makan laksa sarawak ketika kandungan masih kecik aritu..hahaha...

Tak tau laa,mengidam ke apa kan..tapi al kisahnya,memang terbayang2..teringat2..terasa2 jer kat tekak masa tuh penangan laksa sarawak..tambahan pula selera makan yang amat tak baik masa tu..dengan morning sicknessnya dan badan yg agak lemah kan..sungguh mengada2 rasanya..ahak

Bila dah bagitau hb,dia pun bawa laa pegi restoran yg berdekatan dari umah kami..5km jer.. Nak harap buat sendiri masa tu jangan mimpi ler...nak masak nasik pun pk banyak kali...sebabnya cium bau nasik yg sedang dimasak tu pun ala2 mabuk gitu.hehe..
Dah sampai restoran tu, ntah macammana plak..laksa dah abis..betul2 bukan rezeki coz laksa tu dah ditempah dgn banyak oleh orang lain..arghh,frust giler..walaupun laksa kat situ bukan the best...tapi ingatkan leh laa buat pemujuk tekak yg amat nak merasa masa tu..

Lepas tu hb carik restoran lain,try tanya kot2 ada jua laksa tapi hampa..huhu...
Hb tanya,try esok2 laa eh? aku angguk jer..dalam hati..'tidakkkkkk!!!'ahahaha..
Dalam perjalanan tuh..xnak pandang muka hb nih..merajuk sungguh rasanya..ntah apa2 kan. Hb pun risau jer tgk..dia tanya laa aku ok ke tak? Tiba2,air mata menitik..wahhh..syahdu ko..x dapat makan laksa..tskk..tskk.. Hb apa lagik,tgk aku dah nangis..dia pun pujuk laaa..dan terus pecut ke bandar yg jauhnya 56km dr umah..hahaha...sian laki aku..x terniat langsung nak susahkan dia masa tu..tapi,tapii..ehe :P

Dipendekkan cerita,sampai kat restoran yg jual laksa tuh..sibbaik laa ada jual n aku makan dengan perlahan2..menghayati keenakan laksa sarawak..sungguh,nak je rasanya makan dengan berselera sebab mmg sedap tapi selera yg terbatas lak menahan diri untuk makan dengan banyak masa tu..tapi amatlah lega nya bila dah dapat makan..senyum jek kat hb n ucap tima kasih banyak kali..hihi..
huh,cuma yg pernah mengalami jer yg akan faham apa perasaan mengidam nih...sebelum nih,mengandung takde pun aku mengidam apa2 sampai emosi amat..

Terima kasih laa buat suami terchenta kerana sanggup gi carikan laksa sarawak untuk isterinya ini..hehe..sekarang nih,sepanjang tempoh hamil dah berapa kali buat laksa sarawak..hb pun prefer yg aku buat sendiri dari kat kedai..rempahnya jek beli coz x rajin nak wat sendiri.hehee...

Jadi sapa2 yg belum pernah makan laksa sarawak nih kena laa rasa sendiri yer..khabarnya rasanya berbeza dari laksa negeri lain..
Nasib baik jugalah bukan ngidam benda2 pelik kan..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, November 3, 2010

Puding Karamel Coffeemate

Panasnya cuaca di siang hari nih..kalo ada penyejuk tekak kan sedap ke tekak..hehe..satu tebiat aku skrg nih suka kunyah ais batu yg baru nak mengeras tu haa...yg lum keras sepenuhnya tuu..ntah hape2 selera makyung nih ek..harap2 leh jadik selusuh laa kang..ahaha..

Menu sedang bergentayangan(cam kuntilanak lak) nih rasanya ramai yg suka buat apatah lagik suka makan..sapa2 suka makan sila angkat kibod! dan sila buat sendirik yer..hek hek..
Sebelum nih dapat idea letak coffeemate dari resepi sebelum nih, resepi pun lebih kurang gak gitu..
Senang n yg penting se??? dapppp...yummmm2

Untuk cik abang memang x cukup sepotong..sebenarnya 2 potong pun x cukup kot..haha

Yang ni konon2 letak laa jagung manis dlm tin tu...hehe..

Puding Karamel Coffeemate

Bahan2:

* 1 tin susu sejat (400ml)
* 4 biji telur ayam(size B atau C)
* 5 sudu besar gula halus
* 3 sudu besar creamer coffeemate
* sedikit esen vanila

Karamel

* 50g gula
* 2 sudu besar air
* 2 sudu besar air panas

Cara2:

1. Sediakan karamel. Panaskan 50g gula dan 2 sudu besar air sehingga perang. Bila dah perang, padamkn api dan masukkan 2 sudu besar air panas. Kemudian tuang karamel ke dalam acuan tahan panas.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga telur putih kuning bercampur. Tapi jangan sampai berbuih.
3. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk. Panaskan susu dengan api sederhana sehingga suam-suam kuku atau hampir mendidih. Kacau biar gula larut sepenuhnya. Lepas itu masukkan creamer. Kacau sehingga semuanya larut.
4. Tapiskan adunan ke dalam acuan yg berisi karamel tadi.
5. Bakar menggunakan kaedah bain marie. (letak bekas puding tadi di dalam bekas yg lebih besar yg berisi air panas)-seperti mengukus di dalam oven
6. Bakar selama 30 minit bergantung kepada saiz bekas dan ketebalan puding tadi..
7. Puding yg masak akan keperangan di atasnya..sejukkan dan simpan dalam peti sejuk

Ni paras rupa belum dipotong lagi..tengok laa kebanjiran dengan karamel coz buat lebih..selalu mcm x cukup jek..hehe..
Kalo agak2 rajin nak guna acuan kecik2 lagi comel..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kari Daging Rusa wif Ubi Keledek

Dah lama juga tak makan daging rusa..kalau 2,3 tahun lepas memang senang nak dapatkan daging rusa sebab masa tu ada juga kawan hb yg suka pergi memburu(ada lesen yer). Tapi dah pindah kat sini susah laa nak merasa daging rusa lagi..
Kalau masa tu,bukan daging rusa jer,tapi pelanduk pun ada..mungkin ada yg x sanggup makan pelanduk tu kan..tapi kalau merasa n masak cara betul dagingnya memang sedap. cuma kan,sekarang ni depa nih suma haiwan terlindung,so takleh laa jual sebarang jer..hehe..bukan senang nak dapat ye x..n jauh sekali nak dikomersialkan.

Kalau dari segi rasa plak,bandingkan daging rusa n kijang..daging kijang jauh lebih sedap..isinya lebih halus dan manis berbanding rusa yang lebih kasar sket..tapi kalo bandingkan dengan daging lembu yang leh dapat hari..mestilah best lagik daging2 yg jrang2 dapat nih kan..hehe..

Resepi plak rasanya semua pandai masak kari kan..cumanya aku biasa masak kari nih mesti letak kunyit hidup sekali..pastu kalo daging nih suka jer nak letak ubi keledek sebab padanannya amat bersesuaian sekali ke tekak aku..ehe..
Aku suka masak ikut tekak my hb la..dia x suka sgt kari pekat melekat..pastu x suka daun kari..huhu..
Selain masak kari gini,daging rusa juga sedap dimasak kunyit bersantan..dan paling best jika berpeluang buat bbQ daging rusa..sedap woo..jangan ada yg mengidam lak pasnih..ehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, November 2, 2010

Kek Lapis Oreo Cheese

Jom layan kek lapis perisa keju berintikan biskut oreo pulak..

Dah lama gak gambar nih terperap dalam folder..nih antara kek wat open house ujung syawal lepas..
Sebenarnya oven aku ada masalah semenjak lama x membaking masa morning sickness aritu..timer oven tu tak reti nak patah balik..huhu..so kena alert secara manual laa masa nak bakar kek nih..ada satu kek bakar yg aku buat utk raya..sampai hangit kat lapisan atas sekali gara2 lupa nak tutup..hahaha..

Buat korang yang baru nak mencuba2 buat kek lapis ni,jangan laa ingat kek lapis hanya boleh dibuat guna oven khas ajer yer..oven korang yg comel tuh pun leh guna gak..asalkan ada optional api atas n atas bawah jer..coz lapisan pertama tu yg kena bkr api atas bawah..lepas tu lapisan demi lapisan tu guna api atas sahaja yer..dah lapisan terakhir baru guna kedua2 api utk suhu yg minima agar kek masak sekata..

Untuk resepi aku akan di update kemudian yer..betul2 malas nak naip sekarang nih..huhu..sedang teruja nak jenjalan blog orang lain masa tenet ok nih..heh

Untuk kek ni,terpulang pada kita jer nak letak oreo penuh satu loyang utk satu lapisan tu atau nak letak secara rawak.. cam kitorang ada yg suka part ada oreo(budak2) tp aku ngan cik abang lebih suka area yg plain atau ada terpotong oreo skit2 jer tu.. :)
Sedap n tetap lembut kek nih walaupun dibakar...

UPDATED:

Buat kawan2 yg ingin mencuba,di sini disertakan resepi dan cara membuatnya sekali yer..semoga mudah difahami agar senang dicuba sendiri nanti..

Kek Lapis Oreo Cheese
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:

450g Mentega
180g gula halus
10 biji telur
1 tin kecil susu manis
100g horlicks(diayak)
180g tepung hongkong(diayak)
1 penutup botol esen vanilla
250g cream cheese
1 sudu makan ovelette
2 sudu besar nestle cream(optional)-hasue ltk nk bagi moist
Biskut oreo original-2 bungkus/atau secukupnya
Pewarna biru dan oren /atau warna pilihan

Cara2 membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 170c api atas bawah. Loyang dioleskan dengan mentega dan ditabur tepung.
2. Pukul mentega bersama cream cheese sehingga putih berkrim dan sekata.
3. Masukkan gula halus (sambil terus dipukul dengan kelajuan perlahan),masukkan pula telur satu persatu sehingga habis.
4. Kemudian masukkan esen vanilla, susu manis,horlicks,tepung hongkong,ovellette dan nestle cream (masih dpukul dengan kelajuan perlahan sambil memasukkan satu persatu bahan2 ini)
5. Padamkan mesin,dan dengan menggunakan senduk gaul adunan sehingga benar2 sebati.
6. Bahagikan kepada 2 bahagian: 1 warnakan biru dan 1 lagi warnakan oren
7. Tuangkan satu cawan adunan berwarna oren dan bakar menggunakan api atas bawah lebih kurang 7 minit atau sehingga permukaan keperangan(bergantung jenis oven)
8. Setelah itu keluarkan Loyang dr oven dan tekan menggunakan penekan kek (jika ada) barulah lapiskan dengan warna biru.
9. Setelah masak,barulah susunkan biskut oreo di atasnya,terpulang hendak susun penuh permukaan kek atau secara rawak sahaja.
10. Selepas habis menyusun biskut oreo,tuangkan lagi secawan adunan oren dan ratakan dengan menyenget2kan Loyang jika perlu.(isi ruang yg tidak terisi biskut)
11. Setelah itu,tekan lagi menggunakan penekan kek,utk lapisan yg kemas barulah lapiskan dgn lapisan seterusnya spt warna biru,oren,biru,biskut oreo dan warna oren(boleh perhatikan gambar) atau ikut cara sendiri ye...
12. Apabila sudah habis melapis,dan setelah lapisan terakhir sudah keperangan dipermukaannya,tutup permukaan loyang kek dengan aluminium foil(untuk mengelakkan terlebih hangus),dan tukar semula kepada api atas bawah pada suhu 120c selama 15 minit.
13. Selamat mencuba.. :)

Perisa keju dan oreo..satu variasi baru dalam pilihan citarasa penggemar kek lapis Sarawak!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ayam Goreng Berempah

Masakan ayam goreng antara menu yg jarang tak dibuat kat umah kan..
Layan jelah menu simple nih..pandai xde idea lak nak tulis banyak arini...hehe..
masih excited nak blogwalking jenguk umah cyber kengkawan..rindu banget nihh..ahak

Ayam goreng berempah ni memang sedap kalo diperap semalaman dalam esbok..lagi terasa rempahnya sampai ke dalam..

Ayam Goreng Berempah

Bahan2:
  • Sayap ayam-potong 2
  • Halia -2 inci *
  • Serai - 3 btg*
  • Kunyit hidup- 3 inci*
  • Sedikit serbuk kari
  • Bawang merah-3 ulas*
  • Bawang putih - 3 ulas*
  • Serbuk jintan manis-1 st
  • Serbuk jintan putih - 1 st
  • Serbuk ketumbar - 1 sb
  • Garam n perasa secukupnya
Cara2:
  1. Kisar/tumbuk bahan bertanda * dan gaul bersama ayam. Tambahkan bahan2 yg tidak dikisar dan gaul rata.
  2. Perap didalam peti sejuk ataupun sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 1, 2010

Puding Pelangi

Salam bahagia buat semua...
Tooraaa datang lagi..hehe..terngiang2 suara mat sentul utk iklan tuh.ahak
Kali ni aku bawa berita gembira utk aku sendiri..kat area aku nih dah ada 3G..yeyeh..tapi 1 bar jer..dan buat masa nih belum stabil agaknya coz ada jugak dier kuar error macam sebelum nih..tapi harapnya tak ler sementara jer wujudnya 3g nih kang..
Kalau berterusan tenet nih laju(laju skit dr sebelum nih pun jadilah),boleh laa merempit balik kat blog macam orang lain..x laa bertenggek tepi2 jek coz xleh masuk blog sendiri..huhu..kita tengok jelah macammana keadaan broadband nih yer..maklum laa dari mula berblogging dulu x pernahnya lancar sgt line tenet aku nih.ehee..

Oh yer..model yg sedang berposing nih rasanya ramai dah kenal..resepi fofular katekan..hehe..
Apa2pun memang simple dibuat dan sedap lak dimakan..
Tapi kalo agak2 keluarga besar,kena doublekan adunan ler kot..baru cukup..ehe
Tima kasih kak alma yg share resepi nih..c n p ja dari myR ya..

Puding Pelangi

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

* 10g serbuk agar2
* 650ml air
* 200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
* 60gm mentega
* 1 biji telur
* ½ tin susu cair
* 1 sudu makan tepung custard
* 1 sudu makan serbuk koko
* 1/2 sudu teh vanilla
* pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara

1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
5. Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp

Apa lagi..jom lah ngappp!!hehe..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...